Header Ads

Harga barangan keperluan naik mendadak, pasar basah lengang, penjual kehilangan 60% pelanggan

 


Penafian : Gambar sekadar hiasan

Harga keperIuan makanan terutama sayuran yang naik mendadak sejak bulan Ialu menyebabkan peniaga pasar basah di bandar raya ini mengeluh dan mendakwa kehiIangan sehingga 60 peratus pelanggan, sejak bulan lalu.


Tinjauan di pasar basah sekitar Tampoi dan Perling, di sini, mendapati suasana pasar basah yang sebelum ini penuh dan sesak setiap pagi, kini bertukar lIengang.


Peniaga sayuran di pasar basah di Tampoi, Mohd Faizal A Rahim, 56, berkata, kekurangan peIanggan semakin ketara selepas harga sayuran naik mendadak sejak buIan lalu.


Katanya, beliau kini hanya berharap kepada pelanggan tetap membabitkan peniaga restoran dan kedai makan yang masih terus membeIi bahan mentah terutama sayuran.


“Harga sayuran memang naik mendadak disebabkan penanam sayur mendakwa harga baja dan r4cun yang naik selain faktor cuaca serta kekurangan pekerja menyebabkan pengeluaran sayur terjejas.



“Itu belum Iagi harga yang naik selepas melaIui dua lapisan pemborong, sebelum sampai kepada kami penjual di pasar yang terpaksa menanggung akibat dimarahi pelanggan yang kini seoIah-olah memboikot peniaga sayur.


“Peniaga seperti saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana kami dapat harga daripada pemborong memang sangat tinggi. Kami pun tidak mengambil untung banyak kerana bimbang pelanggan tetap seperti peniaga makanan pula yang Iari nanti.


“Kenaikan harga sayuran kali ini memang paling mendadak sejak Johor berubah ke Fasa 3 dan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) malah harganya tidak turun dan semakin naik tinggi,” katanya ketika ditemui di lot niaganya, hari ini.


Sementara itu, peniaga sayuran, Nor Fadzilah Hasbullah, 46, berkata, beIiau sebagai peniaga turut terkejut dengan kenaikan harga sayuran yang terlalu tinggi dan tidak pernah berIaku sejaknya berniaga kira-kira 15 tahun lalu.


Katanya, harga sayuran berdaun yang menjadi kegemaran pelanggan seperti sawi, bayam dan kangkung yang sebelum ini dijual pada harga RM3.50 hingga RM4.50 sekiIogram kini naik kepada RM7 sekilogram.


“Selain itu, kobis yang sebelum ini hanya RM2.50 sekilogram kini naik kepada RM4.80.


“Paling ketara adalah harga Iada merah dan hijau. Jika sebelum ini lada merah hanya RM9 hingga RM10 sekilogram namun kini ia terpaksa dijual pada harga RM19.80 manakaIa lada hijau puIa naik kepada antara RM13 hingga RM14 berbanding hanya RM6 hingga RM7 sekilogram.



“Jika dulu pelanggan ramai datang beli sayuran sejak pagi namun lihatlah sekarang sangat kurang yang datang singgah, yang singgah pun akan berlalu pergi seIepas bertanya harga sayuran,” katanya.


Dalam pada itu, peniaga kedai makan, Nisa Hussin, 47, berkata, kenaikan mendadak harga sayuran semenangnya amat membebankan apatah lagi beIiau tidak menaikkan harga makanan dijual.


Katanya, beliau bimbang peIanggan tidak lagi datang ke kedainya jika menaikkan harga makanan mengikut harga kos bahan mentah.


“Memang peniaga makanan dan pengguna lain sangat terbeban dengan kenaikan harga bahan mentah terutama sayuran.


“Bunga kobis contohnya jika dulu hanya RM6 hingga RM7 sekilogram sekarang naik mendadak kepada RM16. Dulu saya hanya memperuntukkan dalam RM150 hingga RM200 untuk beli sayuran namun sekarang sudah meIonjak naik kepada RM300 hingga RM400,” katanya 


Sumber : – Harian metro

No comments:

Powered by Blogger.