Diorang Bercuti Sakan, Check-In, Aku sabar…, Kata Rossa Serra

encik gotenks
0

 


Rumah tangga pelawak Shuk Sahar sering menjadi perhatian ramai apabila isterinya, Rossa Serra sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.


Hujung bulan lalu, Serra mengakui seolah digantung tak bertali oleh suaminya yang didakwa sibuk bercinta sehingga sukar untuk memberikan kerjasama.


Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Serra seakan meluahkan rasa terkilan apabila dibiarkan tertunggu-tunggu berbulan-bulan sedangkan pihak di sana sempat bercuti dan check-in hotel.



“Orang memperlakukan aku teruk, diorang biar aku tunggu berbulan-bulan, diorang bercuti, diorang ber ‘check-in’. Aku sabar menunggu walaupun tiada kepastian.


“Sedih jangan cakaplah. Tuhan saja yang tahu bila, dimana, banyak mana aku menangis.


“Menipulah ba, ber TABAH terus…tapi aku yakin, ni cara Allah jadikan insan macam ‘kita’ ni lebih sabar dan tabah. Bersyukurlah dalam ujian ini kita orang yang dikhianati, bukan PENGKHIANAT!” tulisnya.



Bagaimanapun tidak dapat dipastikan perkongsiannya itu ditujukan kepada siapa, namun rata-rata netizen dapat mengagak kenyataan itu untuk siapa.


Awal November, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)