Tertekan dengan mulut tiada insuran netizen, Baby Shima terpaksa ambil ubat penenang

encik gotenks
0

 


Selepas tersebarnya gambar Baby Shima yang dikatakan berciium disebuah kelab malam, ramai netizen yang mengecam tindakan penyanyi tersebut.


Semalam Baby Shima sudah menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan dia kelihatan sungguh sedih sampai menangis teresak-esak mengatakan ianya hanyalah lakonan untuk music video lagu terbarunya yang berjudul IaIai.


Mungkin kecewa dan tertekan dengan kecaman netizen, penyanyi itu terpaksa mengambil ubat penenang bagi merawat depresi yang dialaminya.


Menerusi satu perkongsian, penyanyi berusia 29 tahun itu ada memuat naik foto ubat penenang yang perlu dimakan. Shima turut menyertakan kapsyen seolah berada dalam keadaan sedih.





Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi itu serta terus kuat untuk tempuhi asam garam sebagai anak seni.


Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)