Penat hadap hinaan netizen, Iqbal beri bayangan nak keluar dari Malaysia

encik gotenks
0

 


Inilah harga yang perlu dibayar jika ingin berjaya dan terkenal di media sosial. Selepas sering dikecam netizen kerana dikatakan seorang yang laparkan perhatian, Ahmad Iqbal sekali lagi diuji apabila gambarnya telah disalahguna untuk diletakkan di akaun Facebook palsu.


Tidak berhenti menerima mesej bertanyakan kesahihan, Iqbal terpaksa tampil menafikan foto yang memperlihatan wajahnya itu disunting dengan tubuh lelaki lain yang hanya berseluar dalam.


Iqbal yang dihubungi media berkata, dia menganggap individu disebalik akaun palsu itu sudah melampau memandangkan sebelum ini wajahnya juga pernah disunting dengan teruk dan mengaibkan.


“Ini bukan tubuh saya. Menggeletar tangan untuk saya post gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan.


“Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada yang percaya. Bertubi-tubi saya terima mesej pagi ini, ramai bertanyakan adakah saya ada akaun FB baru? Sebelum ini ada yang jadikan wajah saya seperti seekor babi, namun kali ini saya fikir gurauan ini tidak sesuai,” katanya.



Dalam pada itu, Iqbal turut meminta pertoloongan netizen untuk membuat laporan tentang akaun palsu di Facebook itu.

Kata Iqbal lagi, meskipun kini dia memilih untuk bertenang, namun dia merasakan sudah tidak sesuai lagi untuk menetap di Malaysia.



“Tolong saya cuba report akaun tersebut. Saya cuba cari sekarang tidak dapat jumpa mungkin mereka sudah sekat saya.


“Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia. Apa-apaun saya tetap memilih untuk bertenang dan terus tabah. Bertubi-tubi ujian buat saya. Saya betul-betul perlukan semangat kali ini,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)