Kami tidak tahu ini kawasan hutan simpan, kata pekebun durian musang king

encik gotenks
0

 


Lebih 30 pengusaha kebun durian Musang King dan getah seluas 90 hektar di Kampung Pulai, di sini terkedv diarah pihak berkvasa supaya mengosongkan kawasan itu setelah 25 tahun mengusahakannya.


Dalam notis pengosongan bertarikh 30 September dikeluarkan Jabatan Perhutanan Kelantan, mereka did4kwa telah meneroka Hutan Simpan Ulu Galas secara h4ram dan dikehendaki mengosongkannya dalam masa 14 hari.

 

Menurut kumpulan pekebun terbabit, perkara itu disifatkan amat mengejvtkan kerana hanya selepas 25 tahun ini, barulah mereka diberitahu kawasan diusahakan merupakan sebahagian daripada hutan simpan.



Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pekebun Kecil di kawasan itu, Leow Chin Meng, 53, berkata, tempoh 14 hari diberikan terlalu singkat, lebih-lebih lagi mereka tidak pernah diajak berbincang tentang isu tersebut.


Katanya, mereka berharap dapat bertemu pihak kerajaan negeri Kelantan untuk berunding dan mencari jalan supaya kebun yang diusahakan sejak sekian lama dapat sekurang-kurangnya dikekalkan.


“Rundingan bertujuan memastikan pihak pekebun mendapat keputusan yang adil dan menang-menang dalam isu penerokaan tanah di kawasan ini.


“Kami diberitahu 90 hektar kawasan kebun durian dan getah yang sudah beberapa kali mengeluarkan hasil ini akan diambil pihak berkuasa untuk diberikan kepada syarikat lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Difahamkan, luas keseluruhan kawasan tanah yang diterokai kumpulan pekebun itu untuk ditanam pokok durian Musang King dan getah lebih kurang 200 hektar, namun, hanya 90 hektar termasuk dalam Hutan Simpan Ulu Galas.


Pendapatan hasil jualan durian Musang King yang diraih para pekebun terbabit pada setiap musim bagaimanapun tidak dinyatakan.


Sementara itu, pekebun, Tina Chong, 50, berharap kerajaan Pas Kelantan lebih adil kerana mereka sudah banyak melabur wang iaitu sekitar RM7,000 hingga RM8,000 seekar atau hampir RM1.77 juta untuk mengusahakan 90 hektar tanah tersebut.


“Selama ini kami memang tidak mengetahui tanah ini termasuk dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Galas. Kami harap kerajaan benarkan kami usahakan tanah ini sama ada secara pajakan atau sewa,” katanya.


sumber asal : UTUSAN ONLINE


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)