Minuman keras jenama Timah bukan hasil produk kerajaan, kata Datuk Ahmad Marzuk Shaary

encik gotenks
0

 


Kerajaan menafikan mempunyai hubung kait dengan pengeluaran minuman keras jenama tempatan iaitu Timah sebagaimana tular di laman-laman sosial sejak beberapa hari lalu.


Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, adalah tidak wajar mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan.


"Perusahaan sebegitu (minuman keras) memang wujud dalam negara kita, tetapi bukan kerajaan yang keluarkan minuman itu.



"Bukan usaha kerajaan, tetapi inisiatif pihak lain, tiada pun campur tangan kerajaan dalam perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan pek makanan kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat pandemik C0vid-19 di Bangunan Tabung Haji (TH) Kelantan pada Sabtu.


Beliau berkata kepada pemberita selepas diminta mengulas isu minuman keras jenama Timah yang dikatakan produk keluaran negara ini dan tular di laman-laman sosial sejak beberapa hari lalu.


Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, Pas yang merupakan sebahagian daripada kerajaan sentiasa bertegas dan konsisten membantah penjualan minuman keras di negara ini.


Beliau berkata, perkara itu selari dengan asas perjuangan Pas sejak dahulu lagi.


Menurutnya, Pas sedia menjadikan Kelantan sebagai model dalam mengawal penjualan minuman itu.



"Orang bukan Islam nak minum araak dan jual araak dalam kalangan mereka (bukan Islam) boleh tetapi dalam kapasiti yang melihat kepada berapa jumlah keperluan itu.


"Tidak perlu dibesar-besarkan kedai araak kerana jumlah orang bukan Islam di Kelantan tidak ramai, jadi kedai pun kecil, begitu juga dengan lesen yang dihadkan," katanya.


Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, sebanyak RM36 juta telah disalurkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat pandemiik C0vid-19 sejak Mac tahun lalu sehingga kini.


Katanya, peruntukan melalui barangan keperluan, wang tunai dan pek makanan itu membabitkan lebih 100,000 penerima di seluruh negara.


"Ini adalah sebahagian usaha TH untuk lebih turun ke bawah kerana pendeposit (TH) pun majoritinya dalam kalangan mereka yang tidak berdaya atau dhuafa dan sangat sesuai untuk kita kembalikan semula sebahagian ini untuk meringankan beban mereka," katanya.


Sumber asal : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)