Pengasas produk terasa hati netizen pertikai kenapa tak beli Mustang tapi 'angkat' Myvi

encik gotenks
0

 


Menurut Shah Noraini Mohd Noor, 26, yang menjadi pengasas produk kecantikan sejak 2019, dia berkecil hati dengan komen itu yang ditinggalkan oleh seorang individu menerusi laman TikTok miliknya.


Jelasnya, individu itu mempertikaikan kenapa dia tidak menaiki kereta mewah Ford Mustang seperti pengasas-pengasas produk lain di negara ini.


"Saya kecil hati dengan komen itu. Saya rasa down dan terfikir, kenapa dia tulis begitu? Saya pun tak tahu siapa individu itu.


"Tapi suami minta saya abaikan dan tak ambil hati. Kata suami, budak-budak yang komen. Tapi sejujurnya memang saya rasa kecewa.

"Kita tak boleh judge orang sekiranya dia susah atau senang. Tak semua orang berharta dan ada kereta mewah. Kita kena sentiasa bersyukur," ujarnya kepada mStar.

Dia yang mesra disapa Peah mendedahkan kereta itu dibeli pada tahun 2019, hasil titik peluh dia berniaga sendiri.

Kata ibu kepada seorang cahaya mata berusia lima bulan itu, dia enggan bermewah kerana banyak lagi kos lain yang perlu ditanggungnya setiap bulan.



"Saya ada 10 beradik, saya anak ketujuh. Allah beri rezeki lebih, dulu saya dapat beli Myvi. Saya nak tanggung mak ayah, adik-adik lagi.


"Walaupun saya beli Myvi, mak ayah saya dah cukup seronok. Sebab kami memang asal orang susah. Sebab tu saya jadi geram bila orang komen mempersoalkan kereta saya.


"Saya cuma nak bahagiakan mak ayah selagi mereka masih hidup. Saya nak bina rumah untuk mak ayah yang dah berumur 70 tahun.

"Kalau saya fikir nak beli kereta mewah, saya akan menyesal kerana pentingkan diri sendiri. Keluarga pun mengharapkan saya," ujarnya lagi yang berasal dari Kelantan dan kini menetap di Shah Alam, Selangor.


Menurut Peah, dia sudah melalui fasa susah dalam hidupnya suatu masa lalu termasuklah berhujan dan berpanas ketika menaiki motosikal untuk menghantar barang jualan.


Namun katanya, suami, Muhammad Syahmi Ramli, 26, banyak memberi kata-kata semangat dan dorongan agar dia terus kuat untuk menempuhi dugaan.


"Suami saya memang terbaik. Dia selalu push saya dalam bisnes. Saya jenis tak berani dan pemalu, tapi suami banyak beri tunjuk ajar.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)