Header Ads

Ditawarkan RM30,000, isteri setuju 'jual' suami kepada perampas

 


Seorang wanita di Karnataka, India sanggup ‘menjual’ suaminya kepada kekasih lelaki itu dalam insiden yang agak jarang berlaku.


Difahamkan, rumah tangga pasangan itu mula goyah apabila si suami tinggal di rumah kekasihnya dan hanya pulang ke rumah isteri selepas habis waktu bekerja.



Si isteri, Ramya, mengetahui suaminya curang lalu tercetus pergaduhan di antara mereka. Sebaik saja si isteri mendapat tahu tempat tinggal wanita yang mahu merampas suaminya itu, dia terus pergi berjumpa dengan perampas terbabit.


Ketika dua wanita itu bertengkar, Ramya ada memaklumkan dia terbeban dengan hutang yang banyak. Perampas itu kemudian menawarkan diri untuk membayar semua hutang tersebut sekiranya Ramya bersetuju bercerai dengan suaminya.



Ramya terkejut tetapi bersetuju dengan tawaran itu kerana suaminya sudah tidak mahu duduk sebumbung dengan dia lagi.


Ramya menuntut bayaran 1.7juta rupee (RM100,000) tetapi si perampas hanya memberi 500,000 rupee (RM30,000) dan selepas itu Ramya terus meninggalkan suamiya yang tidak guna itu.

No comments:

Powered by Blogger.