Netizen kaitkan fenomena kepala air di Gunung Jerai dengan kisah mistik

Anonymous
0

 


Fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai di sini mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen.


Pelbagai video yang dirakam dan dimuat naik di media sosial menyebabkan ada netizen mempercayai kejadian itu berkaitan dengan perkara misteri.


Difahamkan kawasan berkenaan sering dikunjungi orang awam untuk bertapa atau mengambil air dari Telaga Tok Sheikh kerana dipercayai mampu menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.


Kawasan itu sering menjadi perhatian kerana dianggap suci dan ada kaitan dengan pendeta dari Arab, Sheikh Abdullah Al Qumairi yang mengislamkan Sultan Kedah ke-9, Sultan Muzaffar Shah pada 1136 Masihi.


Penduduk Kampung Kaki Gunung Jerai, Syed Yahya Syed Putih, 81, berkata, kebanyakan penduduk percaya Gunung Jerai merupakan tempat yang ada penjaga.


Disebabkan itu, Syed Yahya berkata, orang awam dinasihatkan menjaga tutur kata dan tingkah laku ketika menaiki Gunung Jerai.


Penduduk Kampung Kaki Gunung Jerai, Syed Yahya Syed Putih, 81, berkata, kebanyakan penduduk percaya Gunung Jerai merupakan tempat yang ada penjaga.


Disebabkan itu, Syed Yahya berkata, orang awam dinasihatkan menjaga tutur kata dan tingkah laku ketika menaiki Gunung Jerai.


"Gunung Jerai memiliki sejarah tersendiri kerana dikaitkan dengan tempat para wali dan ada penjaganya.


"Jadi, memang tidak boleh melakukan aktiviti tidak bermoral atau perkara tidak elok di sana. Memang tidak boleh," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya, di sini pada Jumaat.


Syed Yahya berkata, dia sendiri pernah berdepan beberapa perkara misteri yang tidak dapat dilupakan sepanjang tinggal di kaki gunung tersebut.


Berkongsi kisah berkenaan, menurutnya kira-kira 50 tahun lepas, dia terlupa memberi salam ketika menaiki Gunung Jerai dan demam apabila pulang.


Syed Yahya kemudiannya sembuh selepas isterinya menerima petunjuk dalam mimpi berhubung seorang puteri.


Katanya juga pernah bermimpi dan mendapat petunjuk berkaitan durian sebelum menemui kayu berbentuk durian yang masih disimpan sehingga kini.


"Jadi, saya percaya kemungkinan penjaga marah seperti dikaitkan sesetengah orang namun sebab apa maarah tidak tahu," katanya.


Menurut anaknya, Syarifah Adawiyah Syed Yahya, 50, pernah melihat beberapa aktiviti seperti pemujaan.


"Kebanyakan datang ke Gunung Jerai untuk membuang penyakit dengan mandi air yang terdapat di atas sana," katanya.


Menurutnya, dia sendiri pernah berdepan peristiwa mistik ketika mengunjungi sebuah gua bersama anak-anaknya.


"Kami cari tidak jumpa gua sebelum ada pemuda menunjukkan jalan dan di sepanjang jalan itu kami mendengar orang membaca al-Quran dengan sangat kuat dalam hutan," katanya.


Sumber : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)