Itu menggambarkan penatnya mental dan emosi saya ketika ini, kata Neelofa

Anonymous
0

 


Pelakon dan usahawan terkemuka, Neelofa mencuri perhatian setelah berkongsi keluhan peribadi di laman Instagramnya.


Empunya nama Noor Neelofa Mohd Noor ini mengundang persoalan ramai apabila memuat naik satu petikan yang menggambarkan situasi dihadapinya saat ini.



“Anda bukan malas, tidak bermotivasi ataupun tersekat. Selepas bertahun hidup dalam mod survival, anda penat. Ada bezanya.


“Itu menggambarkan penatnya mental dan emosi saya ketika ini,” kongsinya.



Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan pengacara sensasi ini.


Namun Neelofa setakat ini belum tampil memberikan penjelasan mengenai perkongsiannya itu.

Sumber : Utusan

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)