Semakin padam api semakin marak, lsraeI mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan

Anonymous
0

 


Para pemimpin lsraeI dilaporkan telah memohon bantuan dari sekutu-sekutu antarabangsa untuk memadamkan kebaakaran yang berlaku berdekatan Jerusalem.


Menurut ABC News, kebaakaran itu memaksa ratusan penduduk untuk keluar dan mengosongkan rumah mereka.

 

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Israel mengatakan bahawa 75 pasukan bersama 12 pesawat telah dikerah untuk memadamkan kebakaaran di hutan di sebelah barat bandar itu.


Difahamkan, sekurang-kurangnya 17 kilometer persegi hutan telah terbakar dan menjadikannya sebagai salah satu kebaakaran hutan terbesar dalam sejarah negara itu.


Sementara itu, Menteri Luar Negeri, Yair Lapid mengatakan bahawa dia telah bercakap dengan rakan sejawatannya dari Greece, Nikos Dendias, untuk memohon pesawat tambahan dalam usaha untuk memadamkan kebaakaran.

 

Nikos telah berjanji bahawa akan membantu secepat mungkin sebagai balasan terhadap lsraeI yang mengirimkan bantuan ke negaranya beberapa minggu sebelum ini kerana turut menghadapi kebaakaran hutan.


Tidak cuma Greece, Lapid juga mengatakan Israel telah menghubungi Cyprus, Itali, Perancis dan negara sekutu lain untuk meminta bantuan.


Penduduk dari beberapa daerah telah dipindahkan dari rumah mereka pada Ahad ketika api marak di luar kawaIan dan turut didorong oleh angin serta keadaan yang sangat kering kerana musim panas.


Kementerian Perlindungan Alam Sekitar pula telah memberi amaran kepada penduduk di kawasan itu mengenai tahap penceemaran udara yang sangat tinggi dan menasihatkan agar tidak melakukan aktiviti luar.


Bagaimanapun, punca kebaakaran tersebut masih lagi sedang disiasat.

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)