MMA gesa kerajaan tangguh kembali kelonggaran SOP, kata Datuk Dr Subramaniam Muniandy

Anonymous
0

 


Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan supaya menangguhkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi individu lengkap vaksinasi sehingga kadar jangkiitan C0VID-19 menurun secara ketara.

Menurut Presiden MMA Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy dalam satu kenyataan hari ini, sebarang keputusan untuk melonggarkan perintah kawalan perlu disokong bukti saintifik.

“Kalau keputusan ini benar-benar berdasarkan sains, mengapa perjalanan rentas sempadan dibenarkan untuk mereka yang ingin berjumpa pasangan atau anak-anak mereka?” soal Dr Subramaniam.

Jelasnya, jika situasi cukup selamat bagi individu lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan, maka setiap individu lengkap vaksinasi turut boleh dibenarkan kelonggaran tersebut.

Namun sebaliknya, jika situasi masih belum selamat sepenuhnya, maka tiada siapa yang patut dibenarkan kelonggaran berkenaan, menurut Dr Subramaniam.



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan beberapa kelonggaran SOP bagi individu lengkap menerima suntikan vaksiin C0VID-19 termasuk kebenaran merentas daerah dan negeri untuk pasangan suami isteri jarak jauh serta ibu bapa untuk tujuan berjumpa anak-anak bawah umur 18 tahun.

Selain itu, kebenaran ‘dine-in’ di restoran dan aktiviti pelancongan turut dibenarkan di negeri-negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam sidang media hari ini, langkah untuk melonggarkan sekatan dibuat secara berhati-hati serta berdasarkan data-data penilaian risiko, antaranya termasuk data yang menunjukkan bahawa 96 peratus kes jangkitan harian berada dalam kategori satu dan dua.



Namun, peratusan tersebut hanya merangkumi kategori pesakit pada kali pertama menerima diagnosis, tanpa mengambil kira pesakiit C0VID-19 kategori satu yang boleh bertukar menjadi kategori empat atau lima selepas diagnosis pertama.

Dalam pada itu, tegas Dr Subramaniam, perhatian tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada kes harian keseluruhan.

“Kerajaan perlu henti menggembar-gemburkan jumlah kes keseluruhan. Perkara yang penting adalah penggunaan katil hospital dan situasi di ICU seluruh negara.

“Bergerak ke hadapan, kami berharap bahawa kerajaan akan menyediakan kemas kini kadar positif serta status penggunaan katil dan ICU di setiap negeri kerana itu merupakan indikator yang lebih bermakna selain angka kes harian,” ujar beliau.

MMA turut berharap bahawa kerajaan mengemas kini status vaksinasi individu berisiko tinggi bawah Fasa 2 Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK).

“Sebarang kelonggaran sekatan perlu mengambil kira kumpulan-kumpulan berisiko tinggi seperti petugas rumah penjagaan, pekerja kilang dan tapak binaan, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, pelajar perubatan dan pekerja asing tanpa dokumen yang belum menerima vaksin,” kata Dr Subramaniam.

Sumber : ASTR0 AWANl

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)