Youtuber Ini Dikecam Netizen Selepas Guna Modal ‘Lawat Kubur Arwah Siti Sarah’ Untuk Buat Content

Anonymous
0

 


Seperti yang kita sedia maklum, 9/8/2021 iaitu semalam negara kita telah kehilangan seorang penghibur terkenal yang juga isteri kepada pelawak, Shuib.


Ramai netizen yang turut berduka atas berita sedih itu. Namun ada seorang youtuber terkenal yang tergamak menjadikan modal membuat lawatan ke perkuburan arwah Siti Sarah sebagai content semata-mata untuk mendapatkan sesuap likes dan views dari followers.


Perkara ini telah viral di twitter apabila seorang pengguna yang bernama Ashraf Suhaimi telah meluahkan rasa bengang selepas seorang individu yang tidak sensitif telah menggunakan keadaan situasi semasa negara yang tertumpu kepada kehilangan Siti Sarah.






Netizen dilihat kurang senang dengan perbuatan youtuber tersebut yang dilihat seakan cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan kesedihan Shuib dan keluarga untuk mendapatkan tontonan dan followers di youtube channel miliknya.

Walaupun dia ada mengajak orang ramai untuk bermuhasabah, namun terdapat beberapa bahagian dalam video yang terlihat tidak beradab selain sempat mengajak pengikutnya untuk edit satu babak dalam video tersebut dan siapa yang terpilih akan diberikan ganjaran.


Malah ketika di penghujung video, lelaki berkenaan juga sempat tersenyum sambil meminta penonton untuk subscribe akaun Youtube miliknya.

Bagaimanapun, hasil kesepakatan netizen yang membuat laporan terhadap video tersebut, lelaki berkenaan akhirnya akur dan memohon maaf selain turut memadam video berkenaan.



Diharap perkara ini sudah tidak berlaku lagi dan kepada sesiapa yang menjadi influencer khususnya yang mempunyai ramai followers dinasihatkan bukan semua perkara boleh dijadikan content untuk mendapatkan views dan likes terutamanya yang melibatkan kematian.


Apapun beliau sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama lagi.

Sumber : Gulapop

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)