Header Ads

Kenapa pula saya tak layak? Apa kurangnya saya? Tanya Aliff Syukri

 


Disaat rakyat Malaysia berteka-teki siapakah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri turut mencalonkan dirinya.


Meskipun perkongsiannya itu hanya gurauan, namun ada yang mengambil serius serta mempertikaikan kemampuannya untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Bagaimanapun, Aliff bersungguh-sungguh mengatakan dia adalah individu yang layak memikul tanggungjawab tersebut serta mempersoalkan apa kurang tentang dirinya.

“Kenapa pula saya tak layak? Apa kurangnya saya? Saya hanya memohon saja, mana tahu permohonan saya diluluskan,” katanya.


Semalam, Aliff memuat naik foto borang permohonan jawatan Perdana Menteri ke-9. Aliff turut mengatakan jika ada rezeki tidak kemana serta meminta orang ramai mendoakannya.


Entri tersebut turut mendapat reaksi ibunya, Bonda Rozita yang turut terhibur serta mengatakan anaknya itu seolah cari pasal dan memuat naik perkongsian yang boleh mengundang kecaman.


 

SUMBER  MSTAR ONLINE via ROTIKAYA

No comments:

Powered by Blogger.