Kerajaan Sudah Bertukar, Caprice Mungkin Akan Balik Malaysia Tidak Lama Lagi

Anonymous
0

 


Selepas hampir dua bulan berada di Meslr berikutan tidak dapat memasuki Gaaza, PaIIestin, penyanyi rap Caprice seolah memberi bayangan akan balik ke Malaysia dalam masa terdekat.


Menerusi satu perkongsian di Instagram, bagaimanapun Caprice berkata dia perlu menyelesaikan beberapa tugasan berkaitan misinya itu.


“Saya bencl bila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak?



“See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik,” katanya.



Difahamkan, Caprice mengatakan sedemikian apabila ditanya netizen adakah dia akan mengotakan janjinya untuk balik ke Malaysia jika kerajaan sudah bertukar.



Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian lain, Caprice memaklumkan dia dalam proses menyiapkan lagu kolaborasi dengan artis di negara tersebut.


“InsyaAllah saya bersama artis-artis area ini akan lancarkan lagu mungkin 11 hari lagi,” katanya.


Terdahulu, perkongsian Caprice menjadi perhatian seolah dihimpit masalah serius apabila memaklumkan menerima banyak ugutan sehingga ahli organisasi gelap muncul di hotel tempatnya.

Sumber : ROTIKAYA

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)