Orang awam takut kepada TaIiban, dilihat mula ubah gaya hidup

Anonymous
0

 


Tiada lagi pakaian berteraskan fesyen barat dapat dilihat di ibu kota Afghanistan di mana kebanyakan lelaki hari ini dilihat mengenakan pakaian tradisional, shalwar kameez.


Malah, kelibat wanita sukar dilihat.


"Ketakutan ada di sini," kata seorang peniaga yang enggan mendedahkan identitinya.


Kehidupan kembali ke normal baharu di Kabul ketika penduduk keluar dari kediaman mereka untuk melihat apa yang berlaku di bawah pemerintahan TaIiban.


Terdapat tanda-tanda penduduk menukar gaya hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan pemerintahan TaIiban, walaupun belum ada arahan berbuat demikian.


Ketika rejim berkenaan berkuasa sekitar 1996 hingga 2001, TaIiban mengenakan peraturan ketat berpandukan al-Quran dan undang-undang shariah.



Huk0man seebat di bahagian belakang kaki adalah perkara biasa bagi mereka yang lewat menunaikan solat.


Pelaksanaan hukoman sebaat di khalayak ramai, hukoman p0tong tangan bagi pencuuri dan huk0man maati dijalankan setiap Jumaat di mana ada masanya diadakan di stadium.


Sekolah yang mempunyai murid lelaki dan perempuan tidak dibenarkan dan ia bermakna kebanyakan budak perempuan tidak mendapat akses kepada pendidikan.


Malah, wanita tidak dibenarkan bekerja sekiranya pekerjaan itu memerlukan mereka berurusan dengan lelaki.


Berdasarkan pemerhatian dibuat hari ini, belum ada tanda peraturan seumpama itu dilaksanakan semula namun, orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga.



"TaIiban meronda sekitar bandar ini dalam kumpulan kecil. Mereka tidak mengganggu sesiapa namun, orang awam ketakuutan," kata seorang peniaga.


Tanda-tanda pemerintahan rejim baharu juga dapat dilihat melalui siaran televisyen di mana stesen milik kerajaan menayangkan program Islamik dan ceramah daripada Maulvi Ishaq Nizami.


Tolo TV, siaran swasta yang mengungguli tontonan sejak dua dekad lalu dengan tayangan rancangan permainan barat, drama dan peraduan bakat, sudah menghentikan tayangan rutin dan menyiarkan drama Turki berkaitan empayar Uthmaniah.


Suhail Shaheen, seorang daripada jurucakap TaIiban berkata, wanita tidak perlu risaukan sebarang ancaaman pada masa depan.


"Hak mereka untuk mendapatkan pendidikan juga akan dilindungi," katanya.


Bagaimanapun, interaksi tentera TaIiban dengan orang awam dilihat bercampur baur.


"Ada anggota yang sangat baik dan tidak memberikan sebarang masalah. Namun, ada juga yang kasar dan menolak serta menjerit kepada kami tanpa sebab," kata seorang lelaki yang perlu melalui pos kawalan TaIiban untuk ke pejabatnya.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)