Guru-guru patut jadi contoh dan lindung anak murid, jangan terpengaruh dengan golongan anti-vaksin, titah Sultan Johor

Anonymous
0

 


Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bertitah kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambilan vaksiin untuk melindungi diri, keluarga serta masyarakat.


Baginda bertitah, pengambilan vaksiin adalah penting dan perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok di negara ini, seterusnya berupaya membendung penularan jangkiitan C0vid-19.


"Guru-guru patut jadi contoh dan melindungi anak murid, bukannya membhayakan mereka, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.


"Saya dan keluarga juga sudah lengkap mengambil dua dos vaksiin.



"Jangan mudah terpengaruh dengan golongan anti vaksiin sebagaimana saya tegaskan sebelum ini.


"Percayalah pakar perubatan kita yang bertauliah. Mereka yang menolak vaksiin tanpa sebab yang sahih seolah-olah merelakan diri dijangkiiti," titah baginda menerusi akaun Facebook rasminya, hari ini.


Semalam, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang dilaporkan berkata, kira-kira 779 guru di negeri ini menolak menerima vaksiin C0vid-19.



Mazlan yang mendedahkan perkara itu ketika Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-14 dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan tentang kebaikan vaksiin supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksiin.


Sultan Ibrahim berharap, semua rakyat Johor menerima vaksiin lengkap segera supaya dapat kembali kepada kehidupan seperti sebelum ini.


"Saya berharap supaya semua rakyat Johor dapat suntiikan vaksiin dengan segera, supaya boleh kembali bekerja, berniaga dan menjalani kehidupan seperti biasa," titah baginda.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)