Doktor maklumkan keadaan Siti Sarah sangat tak baik sekarang, kata Shuib

Anonymous
0

 




“Sebelum majlis bacaan Yasin ini, doktor maklumkan keadaan Siti Sarah sangat tidak baik.”


Itu mukadimah suami kepada penyanyi Siti Sarah, Shuib memaklumkan keadaan terkini kondisi semasa isterinya yang masih dalam keadaan koma dalam Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.


Lebih mendukacitakan, Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, turut memberitahu paras bacaan oksigen isterinya itu pula berada pada tahap yang rendah.


“Saya dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa keadaan kesihatan Siti Sarah sangat tidak baik dan bacaan paras oksigennya pula hanya 40.



“Sekarang pihak hospital sedang cuba untuk terbalikkan Sarah,” kongsi Shuib sebelum majlis bacaan Yassin secara virtual sebentar tadi.


Kosmo! pada 7 Ogos lalu melaporkan Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan koma atau ditidurkan menerusi pembeedahan bagi mengelakkan risiko akibat keadaannya yang agak kritikal.


Biarpun dilahirkan pra matang dan menggunakan bantuan pernafasan, bayi yang akan dinamakan sebagai Ayash Affan atas pilihan Sarah itu berada dalam keadaan stabil dan semakin aktif.



Siti Sarah, 37, sebelum ini dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa lalu berikutan tahap oksigen dalam badannya yang semakin merosot.


Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif C0vid-19 sejak 25 Julai lalu selepas menjalani saringan setelah pembantu rumah disahkan positif viirus maaut tersebut.

Pasangan itu bernikah pada 2011dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. 


Sumber – K! ONLINE


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)