Siapa lagi yang saya jumpa dalam Instagram, Facebook atau Twitter, lebih baik anda fikir 1,000 kali sebelum sebut nama saya, pesan Lana Nordin

Anonymous
0

 


Pelakon sensasi Lana Nodin memberi amaran dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menabur fiitnah tentang dirinya sejak akhir-akhir ini.


Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 41, menerusi Instagramnya memberitahu dia tidak akan memberi peluang kepada individu yang melemparkan pelbagai kata-kata caacian terhadap dirinya dan meminta individu terlibat memadam atau meminta maaf secara terbuka hantaran tersebut.


“Jangan main teembak fiitnah kalau anda tidak tahu. Siapa yang beraani lagi beri lagi begini, saya tidak akan beri peluang lagi, tindakan undang-undang yang akan mereka terima.


“Semasa maaki hamun, anda tidak fikir tetapi apabila peguam sudah hantar mesej barulah nak sedar itu fiitnah!Jangan sangka saya senyap, saya tak perhatikan,” tulis pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.


Tegasnya, dia hanya akan terus mengambil tindakan undang-undang sekiranya menerima kata-kata fiitnah daripada netizen selepas ini.


“Siapa lagi yang saya jumpa dalam Instagram, Facebook atau Twitter, lebih baik anda fikir 1,000 kali sebelum sebut nama saya.


“Walaupun menggunakan akaun palsu, lama-kelamaan kami akan cari juga nombor Internet Protocol (IP) akaun anda. Kali ini tak payah cakap banyak, tindakan sahaja!


“Saya bukan propa (berlakon) ya. Satu demi satu saya akan buuru, sama ada cepat atau lambat sahaja. Jadi, sebelum peguam aku sampai, lebih baik padamnya” katanya lagi.


Dalam pada itu, Lana turut memuat naik tangkap layar beberapa pemilik akaun Twitter yang memuat naik kenyataan fiitnah mengenai dirinya memohon maaf secara terbuka dalam media sosial.


Terdahulu, nama Lana menjadi bualan dan kecaman ramai selepas dia mengeluarkan kenyataan meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berhenti ‘berlakon’ membohongi rakyat Malaysia atas situasi C0vid-19 yang sedang melanda negara pada masa ini.


Malah,dia juga menggesa Noor Hisham meletakkan jawatan yang dipegangnya sekarang. 


Sumber – Kosmo! ONLINE

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)