Kit Siang cadang pelajar Tingkatan 5, Ain Husniza dilantik jadi Senator

Anonymous
0

 




Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencadangkan supaya pelajar Tingkatan 5, Ain Husniza Saiful Nizam dicalonkan sebagai Senator untuk mewakili suara golongan belia di Dewan Negara sekiranya perkara ini tidak dihalang oleh Perlembagaan Malaysia yang memerlukan seorang Senator untuk berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.


Namun cadangan itu tidak mungkin menjadi kenyataan kerana Perlembagaan Malaysia menetapkan seorang Senator mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.


“Dalam perkara ini, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk mengikuti perubahan zaman, tetapi perkara ini adalah cerita lain yang memerlukan masanya sendiri.


“Amat mengejutkan bahawa terdapat rancangan untuk membuang Ain Husniza dari sekolahnya, SMK Puncak Alam. Sekiranya perkara ini berlaku,ia adalah satu perkara yang amat memalukan Menteri Pendidikan, Radzi Jidin dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.



“Adakah mereka pernah mendengar tentang Greta Thunberg?


“Untuk makluman Muhyidin dan Radzi, Thunberg adalah seorang aktivis alam sekitar Sweden berusia 18 tahun yang terkenal di peringkat antarabangsa kerana mencabar pemimpin dunia untuk mengambil tindakan segera untuk mengurangkan kesan perubahan iklim,” kata Kit Siang dalam kenyataan di blognya..


Namun katanya, Malaysia tidak mungkin  dapat menghasilkan individu seperti Thunberg kita kerana apabila muncul remaja seperti Ain Husniza dia diancam diusir dari sekolah kerana bersuara menentang ketidakadilan dan kesalahan yang dilakukan terhadap pelajar dan berkempen untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat untuk pelajar.


“Saya ingin mencadangkan agar Ain Husniza dicalonkan sebagai Senator supaya beliau dapat menyampaikan aspirasi golongan muda dalam negara kepada Dewan Negara dan seluruh negara, namun saya teringat kepada Perkara 47(a) Perlembagaan yang memerlukan Senator untuk berusia “tidak kurang dari 30 tahun”.





“Menurut statistik yang ada, lebih daripada 43 peratus atau sekitar 14 juta rakyat Malaysia berumur di bawah 25 tahun. Adalah baik bagi Dewan Negara dan negara kita untuk mendengari aspirasi dan kebimbangan golongan muda dalam negara.


“Menjadi satu keadaan yang sangat tidak masuk akal apabila seorang rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun boleh bertanding sebagai calon Ahli Dewan Rakyat, dan mengundi, tetapi sekiranya beliau berusia di bawah 30 tahun, beliau tidak layak menjadi Ahli Dewan Negara.


“Presiden Biden baru saja melantik aktivis perubahan iklim berusia 18 tahun, Jerome Foster II, untuk menjadi anggota Majlis Penasihat Keadilan Alam Sekitar kerajaannya, suatu langkah yang disambut oleh media sebagai “dari seorang penunjuk perasaan kepada perangka dasar iklim”.


“Sudah tiba masanya kita memberi belia di Malaysia hari ini bukan hanya lebih banyak ruang bersuara, tetapi lebih banyak pengaruh dan kekuatan dalam perumusan dan pelaksanaan dasar awam — dan perkara terakhir yang perlu berlaku adalah pengusiran Ain Husniza dari sekolah beliau kerana bersuara melawan lawak lucah oleh guru dalam bilik darjah,” katanya. 


Sumber – UTUSAN

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)