Diva AA Dikecam Biadap Oleh Netizen Selepas Persenda Soal Munkar Dan Nakir

Anonymous
0

 


Tidak pernah kering dengan kontroversi, nama pengacara bermulut lancang Azwan Ali sekali lagi menjadi sasaran kecaman netizen apabila memberi jawapan biadab berkaitan soalan agama yang ditujukan kepadanya.


Insiden tersebut berlaku ketika Azwan atau mesra disapa dengan gelaran Diva AA muncul dalam sebuah ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.


Dalam video berkenaan, salah seorang penyampai membacakan soalan yang dihantar pendengar kepada Azwan berbunyi: “Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?”



Menjawab pertanyaan diajukan, Diva AA memberi jawapan yang dianggap sangat keterlaluan dan biadab kerana mempermainkan soalan berhubung agama.


“Aku akan ‘sound’ Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu,” jawabnya selamba.


Jawapan yang diberikan Diva AA kemudian disambut hilai tawa dua penyampai yang berada di situ.



Video berkenaan turut dimuat naik pengacara Fedtri Yahya dalam Instagramnya sebentar tadi dengan menulis kapsyen berbaur kecewa: “Boleh buat main ya?”


Perkongsian Fedtri turut menerima banyak komen daripada rakan artis dan peminat yang nyata tidak bersetuju dengan tindakan Diva AA memberikan jawapan biadab.


Malah perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian seorang pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi.




“Kita boleh buat lawak untuk sesuatu keadaan yang menghiburkan. Tapi jangan buat lawak dalam semua keadaan yang mengaitkan tentang perkara ghaibiyyat. Nampak kejahilan dalam agama untuk tontonan umum. Astaghfirullah! Gerun mendengarnya,” tulis Abdullah.


Selain itu, pelakon Diana Amir juga turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan dengan menyifatkan individu-individu dalam video tersebut tidak mempunyai rasa takut kerana tidak mengenali malaikat Munkar dan Nakir. 


Sumber – K! ONLINE


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)