Doktor Hana Hadzrami kongsikan pengalamannya bagaimana vaksin berkesan turunkan kes kritikaI di HKL, insya-Allah!!

Anonymous
0

 


Kini Kuala Lumpur juga sudah menunjukkan trend penurunan kemasukan pesaakit ke wad hasil peningkatan dos lengkap C0VID-19 dalam kalangan populasi dewasa seperti dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam.


Hal sama diakui seorang pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berkongsi di Facebook beliau mengenai situasi di wad yang kini semakin ‘menampakkan sinar’ berbanding bulan-bulan sebelumnya.


Dalam hantaran yang dikongsikan ribuan pengguna Facebook lain itu, Pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi HKL, Dr Hana Hadzrami menyifatkan ‘sudah kelihatan titik cahaya di hujung terowong yang gelap’ hasil kadar vaksinasi yang tinggi.


Menurut Dr Hana, jika dulu senarai nama menunggu untuk dimasukkan ICU sangat panjang, kini jumlahnya sudah berkurangan sedikit.


Malah katanya, sejak minggu lalu, jumlah kes kritikal dalam kalangan pesaakit warganegara mulai turun dengan majoriti warga asing dan mereka yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi.


“Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya dihujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan,” kata catatan Dr Hana yang dikongsi lebih 6,000 pengguna Facebook setakat petang ini.


Setakat semalam, 62.6 peratus populasi dewasa di Lembah Klang sudah lengkap dua dos vaksin hasil Operasi Lonjakan Kapasiti susulan peningkatan kes di Lembah Klang tidak laama dahulu.





Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya dihujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan.


Awal Julai kami dapati kemasukan pesakiit C0VID-19 warga emas mulai menurun. Minggu lepas jumlah kemasukan pesaakit warganegara mulai menurun. Majoriti yang datang adalah warga asing.


Referral dari ED kepada team ICU untuk pesakiit C0VID-19 kritikal semakin berkurang. Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang.


Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesaakit hidup, dan canvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED. Sekarang dah nampak lantai.


Jumlah pesaakit kategori ringan mungkin masih ramai tetapi mereka cuma perlukan pemantauan dan rawatan di wad saja.


Masih ada referral pesakiit C0VID-19 kritikal ke ICU dari kalangan warganegara namun terdiri dari mereka yang tolak vaksinasi. Apa nak buat.



Ada juga pesakiit C0VID-19 kriitikal dari kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung.


Empat pesaakit kami yang dah divaksinkan perlu bantuan pernafasan hanya 3-4 hari berbanding 2-3 minggu pesaakit lain yang tak sempat menerima vaksin.


Mereka pulih dengan X-ray dada yang bersih. Berbanding dengan majoriti yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal.


Jumlah pesakiit di ICU kami masih ramai. Hasil sebulan lepas punya kemasukan. Jumlah mereka yang BID (kemaatian di luar hospital) pun masih ramai. Kita belum lagi menang.


Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakiit C0VID-19 kritiikal di ICU hanya 3 orang. Sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka.


Kita berusaha dan bertawakal.

Insya-Allah vaccine works!


Hana Hadzrami

Slowly but surely

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)