Lelaki bingung selepas tunang minta mas kahwin RM20,000, tinggal di kondo lepas nikah

0

 



Ramai golongan lelaki yang menangguhkan hasrat berkahwin gara-gara tidak mampu memenuhi permintaan pihak wanita.


Seorang pengguna Twitter yang enggan dikenali baru-baru ini meluahkan perasaannya yang berbelah bahagi untuk meneruskan perkahwinan bersama tunangnya.


Jelasnya, tingkah laku pasangannya itu semakin hari mula menunjukkan perubahan sehingga membuatkan dia meragui wanita tersebut dan masa depan mereka.


“Perkara pertama, dia mahukan mas kahwin sebanyak RM20,000, itu belum termasuk cincin dan lain-lain berkaitan majlis perkahwinan.


“Saya juga diminta sediakan wang pendahuluan untuk kami menyewa sebuah kondominium selepas berkahwin,” kongsinya menerusi satu ciapan baru-baru ini.


Tambahnya lagi, tunangnya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bergantung penuh dengan pendapatannya iaitu sebanyak RM3,000 sebulan.


Katanya, dia cuba berbincang dengan tunangnya agar mereka dapat berkongsi pendapatan bersama menyewa kondominium tersebut, namun tidak mendapat persetujuan.


“Dia merungut kata itu dan ini mengadu dia tak nak keluarkan duit untuk bayar deposit rumah. Saya boleh bayangkan lepas kahwin macam mana bingit dia,” ujarnya.


Dalam pada itu, ramai yang menitipkan pesanan kepada pemuda itu menerusi ruangan komen, dan meminta dia meninggalkan wanita berkenaan.


“Cari (wanita) lain sahaja, sepatutnya kalau dia nak mewah, dia kena bantu bersama, kalau dia sayang dia akan layan ikut kemampuan kau,” pesan @Alex99.


“Dia kena cari anak Datuk yang dibanjiri harta keturunan jika ‘high taste’ macam ini. Kerja pun tak ada, nak itu ini yang mewah, memalukan kaum wanita,” perli Ayuni. – KOSMO! ONLINE

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)