Bekas Staf Dedah Perangai Sebenar Mira Suka ‘Kipas’ Bos, View Chin Pula Suka Sembang Iucah

0

 



Sejak beberapa hari yang lalu, View Chin telah menjadi tumpuan perhatian apabila didakwa curang dan mempunyai hubungan sulit dengan stafnya, Mira. 


Ramai netizen mengecam tindakan View Chin yang menghancurkan kepercayaan isterinya dan juga mengecam Mira sebagai 'penyondol' yang merosakkan rumah tangga bosnya sendiri. 


Seorang wanita yang mengaku sebagai bekas pekerja syarikat tersebut telah mengungkapkan perilaku buruk View Chin. 


Menurutnya, dia telah berhenti kerja pada tahun lepas ketika View Chin mula curang terhadap isterinya. Selain toksik dalam isu rumah tangga, View Chin juga dikatakan tidak menjadi majikan yang baik.




Menurutnya lagi, dia terpaksa melakukan banyak kerja dengan bayaran yang rendah hanya sebanyak RM2,500 sebulan dan bosnya suka memanjangkan tempoh percubaan pekerja hanya kerana tidak mahu menaikkan gaji mereka. 


Lebih teruk lagi, bekas majikannya itu turut mengajaknya keluar dengan alasan membuat makeover tetapi sebenarnya hanya untuk bersembang tentang kehidupan peribadi dan cinta. 


View Chin juga turut menolak gaji pekerja yang mengambil cuti sakit disebabkan oleh Covid-19. 


Selain itu, dia sering merajuk dengan staf jika permintaan untuk keluar bersama ditolak dan turut menghantar mesej berunsurkan lucah kepada pekerjanya.




Wanita ini turut memberi ‘mesej’ kepada si ‘penyondol’ rumah tangga majikannya itu dan mendedahkan bahawa dia suka ‘racun’ View Chin.


Kepada penyondol yang asyik berlagak macam dia lady boss, arah orang itu ini sedangkan kau duduk meja buka microsoft blank page pastu acah terpaling bekerja. The attitude astaga aku malas cerita panjang.”





Sementara itu, dia turut berpesan kepada orang ramai untuk tidak menghentam semua pekerja wanita yang lain di syarikat berkenaan terutamanya ‘Anak Dato’.


Katanya, dalam hal ini tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain hanya View Chin dan si gadis ‘penyondol’ itu.


Sumber :Beautifulnara

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)