Silap Saya Sebab Tak Cerita Dekat Ibu Hal Sebenar, Sarah Hari-Hari Dengan Dia, Kata Syamsul Yusof

0

 


Syamsul Yusof, seorang pengarah filem tersohor, telah mengaku bahawa beliau telah melakukan kesalahan dengan tidak memberitahu ibu bapa beliau tentang perkara sebenar yang terjadi dalam kehidupan berumah tangga beliau.


Beliau memberitahu wartawan Utusan selepas keluar dari mahkamah bahawa tindakan beliau itu adalah tidak wajar dan jika beliau menceritakannya sekarang, ia sudah tidak berkesan lagi.


“Of course sebagai anak saya sedih. Walau apa pun dia ibu saya. Macam apa yang saya katakan tadi mungkin kesilapan saya tidak menceritakan kepada ibu saya hal sebenar.




“Mungkin kalau saya cerita pun detail dengan ibu ayah saya pun, benda tu dah tak laku, mungkin dah terlalu lambat sedangkan Sarah hari-hari dengan ibu saya,” katanya.


Menurut Syamsul lagi, dia memang tidak suka bercerita hal rumah tangga kepada ibu bapanya serta berharap hubungan mereka kembali jernih.


“Tapi saya of course sedih, siapa tak sedih, ibu. Cuma saya harapkan masa akan jernihkan keadaan, InsyaAllah. Begitu juga dengan ayah saya




“Cuma saya jenis tak suka cerita hal rumah tangga walaupun dengan mak ayah saya. Kalau apa-apa pun bergaduh tak suka sampaikan dekat ayah ibu saya tentang Sarah begini, kekurangan begitu. No saya bukan macam tu,” katanya.


Semalam, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana. Malah, Syamsul mendakwa isterinya curang dengan suami orang.


Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)