Sarah taknak berdamai, memang takkan boleh berdamai, dan memang Sarah taknak, Sarah nak bercerai, kata Puteri Sarah

0

 


Puteri Sarah tidak berubah pendirian untuk bercerai daripada Syamsul Yusof. Ini dinyatakan olehnya sendiri ketika ditemui pihak media selepas sesi bersama Jawatankuasa Pendamai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.


Beliau berkata, dia telah memberikan alasan-alasan yang kukuh untuk memohon penceraian dan tidak mahu meneruskan perkahwinan yang sudah retak. 


"Saya tetap dengan pendirian bahawa saya inginkan penceraian. Saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua pihak," katanya.






Sementara itu, Syamsul Yusof yang juga hadir di mahkamah tidak memberikan sebarang komen kepada media. Menurut sumber, sesi untuk berdamai di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof gagal kerana tiada titik pertemuan. 


Malah, sesi mencari penyelesaian bersama Jawatankuasa Pendamai juga berlangsung secara berasingan kerana kedua-dua pihak enggan bertemu muka.

"Saya tak nak berjumpa, tak nak sebilik dan saya tegaskan kat sini saya masih dengan keputusan saya, saya nak bercerai


"Saya tak nak berdamai. Enough is enough. I'm tired," kata Puteri Sarah semasa ditemui. 


Sarah juga berkongsi bahawa dia telah memberitahu segala-galanya kepada ustazah yang menemui mereka untuk berdamai, termasuk bukti-bukti yang menunjukkan perlakuan Syamsul Yusof. 



Sarah tidak mahu lagi bersama suaminya yang tidak setia itu dan meminta agar dia melepaskan talak kepadanya. 


Jika Syamsul Yusof masih enggan berpisah secara baik-baik, Sarah akan memohon hakam daripada mahkamah syariah sebagai jalan penyelesaian terakhir.


Sumber : Syok.my


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)