Ira Kazar nak saman Jawi, Syamsul tak mengaku dakwaan setubuh luar nikah

0

 



Pengarah filem terkenal Syamsul Yusof menafikan tuduhan isteri sulungnya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan zina.


Syamsul atau nama penuhnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, menyatakan bahawa tuduhan itu tidak mempunyai asas dan dia juga meragui keadilan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Katanya, kes tersebut masih dalam proses siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Zina.


“Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira) melakukan persetubuhan luar nikah.


“Minta maaf cakap, Jawi ini ada banyak masalah sebenarnya berkaitan dengan rumah tangga dan sebagainya.




“Kenyataan-kenyataan yang tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah.



“Dan, alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023,” katanya pada sidang media tergempar, sebentar tadi.


Menurut pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu lagi, tindakan undang-undang terhadap Jawi diambil berhubung siasatan persetubuhan luar nikah yang didakwa isteri pertamanya itu.


“Saya masih lagi suami Puteri Sarah. Saya masih sayangkan dia dan masih berharap dapat berbincang dengannya berkaitan konflik rumah tangga kami.




“Pada masa sama, ini juga sebagai satu teguran buat Puteri Sarah bahawa saya masih suaminya!” ujarnya tegas.


Selanjutnya, Syamsul melalui peguamnya yang bernama Amar berkata, isteri keduanya yang juga pelakon iaitu Ira Kazar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jawi.


Hari ini, Syamsul diwakili oleh peguam syarie, Azmi Mohd. Rais telah mengemukakan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan memberitahu bahawa tuntutan itu dibuat bukan kerana mahu membalas dendam, tetapi untuk mempertahankan perkahwinan.


Dalam permohonan nusyuz itu, Syamsul mendakwa isteri sulungnya itu menjalin hubungan sulit dengan bekas teman lelakinya yang merupakan suami orang lain.


Sebagai balasan, Puteri Sarah pula mendedahkan bahawa suaminya dan madunya Ira Kazar sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23: Zina.


Sumber artikel : – KOSMO! ONLINE



Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)