“Korang Rasa Dia Sihat Ke…” - Ratu Farah Diva Tiba-Tiba Sentap Dengan ‘Founder’ Di Tiktok, Netizen Luah Rasa Menyampah

0

 


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila satu siaran langsung melibatkan pempengaruh Ratu Farah Diva dikatakan sentap dengan beberapa influencer yang lain.


Difahamkan, Ratu telah masuk ke dalam siaran langsung tersebut dan memaki hamun mereka secara tiba-tiba tanpa sebab.


Ratu Farah dikatakan secara tiba-tiba masuk ke dalam sesi siaran langsung beberapa pengguna TikTok dan berperilaku biadap serta menghiina mereka.


@wan_takaful Replying to @MySserSs_Shine By RozS.TFH korang nilai lah sendiri. Part awal tu hamba Allah ni x sempat nak ss. #tiktoklive ♬ For movie / picture / action / suspense - G-axis sound music


Ratu menyatakan bahawa dia merasa marah apabila mereka dalam sesi siaran langsung telah mengutuknya dan melakukan 'body shaming' terhadapnya. 


Tindakan spontan Ratu ini juga menyebabkan orang lain menjadi keliru kerana mereka sama sekali tidak mengutuk wanita itu seperti yang dikatakan.


“Kau jangan macam macam dengan aku. Aku pun ada hati dan perasaan tau. Apa perasaan kau bila orang hina kau.”



Pada masa yang sama, ruang komen dalam sesi siaran langsung tersebut turut diisi dengan reaksi yang pelik dari netizen yang bertanya-tanya mengapa Ratu merasa marah tiba-tiba. 


Ramai juga yang menganggap tindakan Ratu sebagai biadap dan tidak patut, kerana ia telah melukai hati mereka yang berada dalam sesi siaran langsung tersebut.


Namun ada yang mendakwa bahawa Ratu sebenarnya merasa marah apabila cintanya ditolak oleh salah seorang pengguna TikTok yang berada dalam sesi siaran langsung tersebut. 


Video yang menjadi viral kemudiannya dikongsikan semula di Twitter, di mana kebanyakan netizen turut menyatakan kehairanan mereka terhadap tindakan aneh Ratu ini.



Ada juga netizen yang beranggapan dakwaan Ratu mempunyai masalah mental adalah benar jika dilihatkan dari gayanya itu. 


Netizen turut berharap Ratu dapat menerima rawatan segera sekiranya benar wanita itu mempunyai masalah mental seperti yang dikatakan sebelum ini.



“Kalau dah selalu bawak watak sewel demi populariti dan social media, tanpa sedar watak yang direka tu jadi sebati dengan diri dan jadi personaliti sebenar dia.”


“Lama dah aku perati, dia memang kurang upaya lah mungkin intellectual disability.”


Sumber : SYOR

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)