Saya masih lagi pergi ‘clubbing’, tak pandai hipokrit, kata Ismail Izzani

0

 


Penyanyi Ismail Izzani enggan bersikap hipokrit dan mengakui tanggapan negatif terhadapnya sebagai artis yang bermasalah dan gemar berparti di kelab malam. 


Ismail, atau nama sebenarnya bernama Ismail Izzani Zainal Nazeri, mengakui bahawa sebagai manusia biasa, dia tidak dapat mengelak dari melakukan kesilapan dalam hidup.


“Tentang pergi kelab malam (clubbing) atau berparti, kadang-kadang kita semua masih pergi. Saya masih pergi (clubbing).


“Tapi, saya tahu batasnya. Ada benda kita pergi ke sana ada sebab. Kadang-kadang, kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok.



“Saya pasti orang media pun ada di sana juga (ketawa). Saya tak mahu hipokrit dan mengakui dalam hidup, kita banyak buat silap,” katanya kepada Kosmo! Online.


Pelantun lagu Luar Biasa yang ditemui pada acara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) baru-baru ini memaklumkan, sebagai seorang selebriti popular, lokasi dan dengan siapa keberadaan pasti menjadi buah mulut orang.


“Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Kita tak boleh suruh atau paksa orang sayang kita.


“Bagi saya, siapa yang betul-betul sokong, saya sangat-sangat menghargainya. Haters (orang yang membenci) juga banyak membantu.


“Mereka membuat saya beringat dengan cara yang kasar. Saya tak sentiasa betul dan saya takkan betulkan apa yang salah,” jelasnya.



Pada akhir tahun lalu, video seorang lelaki yang mirip dengan Ismail, 23 tahun, viral memaparkan dia memeluk dan mencium wanita seksi di kelab malam dengan ghairah. 


Kebelakangan ini, putera Datin Suliza Salam, penyanyi dari era 1980-an itu, diserang oleh netizen di Instagram. Perlakuan bekas kekasih Shalma Eliana disifatkan sebagai tidak bermoral kerana rentetan kisah cinta dan perlakuan serupa yang telah berlaku sebelum ini. 


Ini bukan kali pertama Ismail terlibat dalam kontroversi, kerana beliau sebelumnya pernah dikritik kerana memeluk seorang pelakon wanita di kelab malam beberapa tahun lalu. 


Nama Ismail pernah menjadi perdebatan apabila dia didakwa telah berkahwin secara rahsia selepas dikatakan menghamilkan seorang wanita. 


SUMBER : - KOSMO! ONLINE

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)