Kalau tak ada show bulan puasa, kami nak buat apa?, Tanya Datuk Awie

0

 


Bagi Datuk Awie, sebagai penyanyi rock, jarang sekali beliau diberikan peluang untuk membuat persembahan semasa Ramadan, kerana biasanya ruang tersebut didominasi oleh artis nasyid.


Namun, apabila situasi berubah dan penyanyi komersial mula mencari sumber pendapatan tambahan semasa Ramadan, Awie berpendapat bahawa tidak adil jika peluang tersebut dilihat sebagai 'mencuri rezeki' orang lain.


“Kalau dilihat, 10 tahun lalu kehangatan nasyid sangat ketara dan selepas itu, grafnya menurun perlahan-lahan. Ketika itu, saya bersama Wings mengambil inisiatif menganjurkan sendiri persembahan yang bersesuaian untuk Ramadan. 



“Kami tidak ambil rezeki orang, sebaliknya setiap artis ada cara masing-masing. Sekarang, nasyid sudah kembali hangat dan ada konsert. Alhamdulillah.


“Seharusnya, kita saling menyokong sebab penyanyi lain pun mencari rezeki pada Ramadan,” katanya. 


Tambah Awie, artis bergantung kepada aktiviti persembahan dan seharusnya Ramadan dimanfaatkan dengan pengisian yang bersesuaian. 


“Kalau dulu, kami hanya termenung sepanjang bulan puasa kerana tiada show. Tetapi, apabila di kira semula, kami juga ada keluarga, isteri dan anak yang perlu diberi makan. Tambahan pula, untuk menyambut raya. “Kalau tiada usaha cari duit, tidak buat persembahan, macam mana? Saya ada anak yang masih bersekolah dan menuntut di universiti. Jadi, saya kena kerja dan tidak boleh berpeluk tubuh. 



“Bukan poyo sebab baru balik umrah, tetapi penyanyi rock juga boleh buat persembahan pada Ramadan. Cuma, konsep kena tukar dan lebih berbentuk kerohanian. 


“Itu yang kami lakukan untuk Semarakkan Malam Cinta Ramadan pada 8 April ini yang terisi dengan program ibadah, termasuk solat Tarawih sebelum persembahan dibuat,”katanya


Sumber : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)