Dikatakan bagi nafkah tidak cukup, SM Faisal Tunjuk Lebih Banyak Bukti, Tanggung Persekolahan Anak-Anak Cecah Ratusan Ribu Ringgit

0

 



Baru-baru ini viral satu berita di laman sosial yang memaparkan isu dakwaan Emilia Hanafi yang mengaku bahawa bekas suaminya hanya memberikan nafkah sebanyak RM6,000 kepada tiga orang anak mereka, Datuk SM Faizal SM Nasimuddin, pemimpin kumpulan Naza, muncul dan membantah dakwaan tersebut dengan memperlihatkan beberapa bukti.


Memetik artikel dari OHMEDIA, melalui Instagram @friendsoffaisal ada berkongsi bukti bahawa SM Faisal sebenarnya turut menampung yuran pembelajaran tiga orang anaknya sejak dahulu sehingga sekarang.


Yuran Sekolah Antarabangsa Taylor ditanggung SM Faisal…

Faktanya RM2,000 sebulan untuk setiap anak (RM6,000 untuk ketiga-tiga anak) adalah untuk perbelanjaan mereka sahaja.


Yuran-yuran persekolahan mereka di Sekolah Antarabangsa Taylor’s turut dibayar oleh ayah mereka. Sebelum mereka berpindah ke sekolah tersebut, yuran-yuran sekolah untuk Gardens International School turut dibayar oleh bapa mereka, walaupun pada ketika itu Emila tidak menghantar anak-anak ke sekolah.


Dengan bukti-bukti ini, ia sudah cukup menepis dakwaan bekas isterinya dan juga komen netizen yang membuat tuduhan tidak berasas.


Berikut merupakan bukti yuran yang dibayar SM Faisal ratusan ribu ringgit…






Instagram: friendsoffaisal

Sumber : Oh!Media

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)