Tak sampai hati lihat 'bidadari' sedih, lelaki ini tawar diri jadi pengganti Syamsul Yusof

0

 


Seperti yang kita semua sedia maklum, perkahwinan antara pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana kini mengalami masalah apabila tindakan Puteri Sarah dikatakan tidak rela hidup bermadu dan minta dilepaskan.


Menurut sumber, hari isnin nanti wanita itu akan failkan penceraian dengan Syamsul.


Baru-baru ini viral satu perkongsian video di media sosial apabila tindakan berani seorang pemuda yang dengan ikhlas menawarkan diri untuk berkahwin dengan Puteri Sarah telah menarik perhatian ramai netizen.




Menerusi satu perkongsian video, pemuda dikenali sebagai Arif Izo itu memuat naik sekeping gambar Syamsul dengan permulaan kapsyen “Salam Sol”.


Rakaman tersebut kemudian memperlihatkan dua keping gambarnya yang penuh bergaya sebelum meletakkan foto Puteri Sarah pula pada penghujung video.


“Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” tulisnya baru-baru ini.


Meskipun sekadar gurauan semata-mata, orang ramai dilihat menyokong kenyataan pemuda berkenaan dengan menyifatkan dia dan Puteri Sarah seperti pasangan serasi.




Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong dan menyifatkan pemuda itu dan Puteri Sarah sebagai pasangan yang sama cantik sama padan.


Sumber: TikTok @arifizo Dan OMM

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)