Puteri Sarah Ditegur? Dr Mashitah Perhalusi Poligami Yang Ramai Salah Faham....

0

 


Sejak akhir-akhir ini, isu poligami rancak diperkatakan di media sosial. Topik hangat itu turut menarik perhatian Datuk Dr. Mashitah Ibrahim untuk mengupas lebih lanjut.


Menerusi TkTok, Mashitah menepis dakwaan segelintir pihak yang menganggap berpoligami sebagai sunnah dalam Islam. Kata Mashitah, agama telah meletakkan syarat untuk hidup poligami iaitu tidak ada sebarang penganiayaan .


Islam tak pernah memperkenalkan poligami dan Islam tak suruh pun poligami. Sewaktu Islam datang, poligami itu sudah pun menjadi budaya kepada masyarakat ketika itu.


Jadi, bila Islam datang, apa yang Islam buat? Islam mengawal poligami ini melalui undang-undang dan membetulkan poligami ini serta membataskan.


Jangan kita sebut kata, asalkan Islam saja, orang fikir sunnahnya adalah poligami. Tak! Masa Islam datang, poligami dah pun ada. Islam datang dah betulkan. Bagaimana? Kalau nak kahwin, jangan ada penganiayaan.


Islam bataskan tak boleh kahwin lebih daripada empat. Islam juga mengawal melalui undang-undang supaya tidak ada penganiyaan. Sebab itu kita tengok bila ayat yang bercakap tentang poligami ini, dia bercakap dulu tentang anak-anak yatim supaya tidak ada penzaliman. Poligami sebagai satu ubat.


Dalam pada itu, Mashitah mengingatkan golongan lelaki untuk tidak menganggap poligami sebagai hak.


Islam datang dan mengambil poligami ini sebagai kelonggaran dalam sebuah perkahwinan yang memerlukan poligami ini.


Kita anggaplah poligami ini macam satu ubat bagi keluarga yang ada masalah. Jadi keluarga yang tidak ada masalah ini, makan ubat buat apa. Kalau kita masih sihat tapi makan ubat, itu namanya cari penyakit.



Selain itu, pelakon Puteri Sarah Liyana turut berkongsi video tersebut di Instagram Stories, pada Khamis.


Pada Isnin lalu, Puteri Sarah memfailkan penceraian selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas pengarah sensasi, Syamsul Yusof membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.


Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.


Sumber : ohbulan


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)