Apa Salahnya Ada Babak Itu Dalam Filem Tersebut?, Tanya Raja Azmi

0

 


Raja Azmi berpendapat babak panas di dalam filem Pulau tidak perlu dihebohkan memandangkan ia mewakili realiti sesetengah masyarakat di Malaysia yang hidup berbilang bangsa.


Bukan itu sahaja, Raja Azmi menyangkal beberapa dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan adegan berani di dalam filem tersebut dilihat seperti terlalu mahu mengikut standard filem barat yang boleh meruntuhkan moral anak-anak muda di Malaysia.


“Apa salahnya ada babak itu dalam filem tersebut? Filem ialah tafsiran kehidupan. Apa yang dipaparkan di filem mencerminkan apa yang terjadi di luar sana. Jika babak itu memaparkan orang berbikini tayang itu dan ini, semua itu memang sudah ada di media sosial.



“Jika nak kata kita meniru budaya barat, kita memang hidup tiru-meniru. Kita pun tiru sunnah nabi. Kalau ada nak tiru budaya Barat yang pendapat saya tak semuanya teruk, terpulanglah. Cuma jangan jadikan filem sebagai alasan seolah-olah ia penyebab anak-anak kita jadi teruk.


“Jika kita nak tapis babak panas itu sekalipun, mereka tetap akan jumpa juga di YouTube atau media sosial. Jangan jadikan filem sebagai alasan sehingga perlu disekat-sekat. Ia tidak relevan,” katanya ketika dihubungi Getaran.


Menurutnya lagi, penonton perlu memahami bahawa filem itu dihasilkan oleh pengarah bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam. Babak adegan panas itu juga tidak menggunakan khidmat mana-mana pelakon Melayu.


“Filem itu pun dihasilkan oleh orang bukan Islam dan dilakonkan oleh orang bukan Islam. Apa salahnya mereka nak buat begitu? Memang itu cara hidup sesetengah masyarakat di Malaysia,” tambahnya.


Terdahulu, sedutan filem Pulau arahan Euho menjadi tular apabila memaparkan adegan wanita berbikini dan elemen ‘soft porn’ yang memicu kritikan warganet.


Pulau menceritakan tentang sekumpulan pengunjung yang melanggar pantang larang di sebuah pulau terbiar.


Mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai kejadian aneh dan mendebarkan sehingga boleh meragut nyawa.


Sumber : - Getaran, 18 Januari 2023

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)