Mama Ingin Lihat Sarah Bahagia, Cukuplah Segala Derita, Luah Ibu Syamsul Yusof

OhMyPress
0

 


Umum mengetahui Isnin lalu, pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.


Baru-baru ini, perkongsian ibu mentua kepada Puteri Sarah iaitu Datin Patimah Ismail ada memuat naik perkongsian buat menantunya itu.


Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Datin Patimah menyuarakan hasrat untuk melihat menantunya itu bahagia dan keluar dari segala penderitaan.


“Mama ingin lihat Sarah bahagia, cukuplah segala derita,” tulisnya.


Sebelum ini, Datin Patimah berkata dia bersedia untuk memaafkan Syamsul namun tidak keluarga Ira Kazar yang meruntuhkan kebahagiaan menantunya.


“Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya. Namun saya tidak akan maafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!” katanya.

Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)