Ditanya sama ada masih sayang Syamsul atau tidak, ini reaksi mengejutkan Puteri Sarah

0

 


"Saya enggan jawab pertanyaan itu." Itu reaksi pelakon Puteri Sarah Liyana yang memilih untuk mengunci mulut sama ada dirinya masih menyimpan rasa sayang terhadap suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof.


Puteri Sarah berkata, kelmarin Syamsul ada menghubungi dan mengajaknya berbincang mengenai tuntutan cerai yang difailkan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.


Bagaimanapun Puteri Sarah tidak dapat berkongsi butiran terperinci mengenai mesej yang dihantar anak penerbit Datuk Yusof Haslam itu.


"Syamsul ada hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp untuk ajak berjumpa dan berbincang. Tetapi, saya tidak jawab.


"Tunggulah, mungkin (jawab) selepas ini. Sebelum ke sini (Mahkamah Syariah Kuala Lumpur), Syamsul beri kata-kata terakhir, tetapi saya tak boleh kongsi butirannya," katanya.


Menurut Puteri Sarah, selepas proses memfailkan perceraian terhadap Syamsul dia mahu menjalani kehidupan peribadi dengan lebih tenang dan fokus kepada ibadah.


"Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun, apa yang penting, saya lega kerana sudah memfailkan tuntutan perceraian. Ini adalah langkah pertama.



"Saya akan mengerjakan umrah pada 26 Januari ini, jadi saya tidak mahu ada masalah yang tidak selesai.


"Segala-galanya sudah terjawab. Saya mahu pulang dari Umrah dan memulakan kehidupan baharu bersama anak-anak," katanya.


Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)