Warga emas ini terkenal kerana tabiatnya tidak mandi sejak 22 tahun lalu

encik gotenks
0

Seorang lelaki warga emas dari Bihar, India dikenali kerana tabiatnya yang tidak mandi sejak 22 tahun lalu.

Oddity Central melaporkan, semua orang terdekat tahu tabiat Dharamdev Ram tetapi tiada siapa yang mengejek atau mempersoalkannya.

Sebaliknya, mereka menghormati keputusan lelaki berusia 62 tahun itu.

Ram dikatakan sudah berikrar dan enggan mandi sehingga kegnasan terhadap wanita, pertikaian tanah dalam kalangan lelaki, dan pembuun0han haiwan yang tidak bersalah dihentikan.

Oleh kerana masalah itu belum berakhir, Ram terus berpegang dengan ikrarnya itu.

"Pada 1975, saya bekerja di sebuah kilang di Jagdal, Bengal, dan berkahwin pada 1978 serta menjalani kehidupan normal.

"Bagaimanapun pada 1987, saya menyedari konflik pertikaian tanah, pembuun0han haiwan, dan kekjaman terhadap wanita mula meningkat.

"Bagi mencari jawapan, saya mendekati seorang 'Guru' yang mengambil saya sebagai muridnya dan beliau memberi inspirasi untuk mengikuti jalan pengabdian. Sejak itu, saya menuju ke jalan pengabdian dan mula bermeditasi," katanya.

Bermula pada 2000, Ram berjanji untuk menahan diri daripada mandi.

Malah, Ram juga berhenti kerja di kilang sebelum kembali bekerja di tempat lain kerana tekanan daripada keluarganya sendiri.

Malangnya, Ram dipecat selepas tabiatnya yang tidak mandi diketahui menyebabkan dia menganggur.

Isteri Ram, Maya Devi, meninggal dunia pada 2003.

Beberapa tahun kemudian, seorang anak lelakinya meninggal dunia namun dia tidak meIanggar ikrar dan terus dengan tabiat sama.

Wartawan berkunjung ke Baikunthpur, di daerah Gopalganj Bihar untuk menemubual Ram dan beberapa penduduk tempatan, yang semuanya mengesahkan dia tidak mandi lebih dua dekad.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)