Suara saya sedap. Katalah apa-apa saya tak terasa. Memang suara saya sedap, kata Vida

encik gotenks
0

Datuk Seri Vida teruk dikecam netizen apabila tampil dengan kenyataan suaranya sedap dan boleh menyanyi dengan baik.

Vida menerusi satu video bersama Ahmad Iqbal Zulkefli turut menyangkal dakwaan mengatakan bahawa pengasas produk kecantikan adalah perosak industri muzik tanah air.

"Masuk bakul angkat sendiri. Biasalah orang-orang kayangan kat Malaysia puji diri sendiri. Bila netizen tegur salah netizen pula nanti," kata seorang warganet bernama Ina Kasih.

"Cakaplah apa kat depa pun depa takkan terima realiti. Orang banyak duit ini semua benda betoi dan elok yang depa buat dan ada walaupun sebaliknya.

"Tahniah la kat 'followers' yang sentiasa 'support' golongan camni supaya depa lagi bertambah bangga pada diri," tulis Atikah Radzi.

"Haram tak sedap suara awak Vida," tulis pula Shahnaz Nadia Rakhmat.

Tinjauan pada setiap komen mendapati tiada satu pun menyebelahi Vida yang tampil dengan single berjudul Ku Ikhlaskan ini..

Vida dalam video mengakui tidak terasa dengan kutukan dan kecaman yang dilemparkan terhadapnya oleh masyarakat.

"Suara saya sedap. Katalah apa-apa saya tak terasa. Memang suara saya sedap," katanya.

Dalam masa sama, Vida turut mempertikaikan kredibiliti penyanyi sebenar yang dikatakan memperbaiki bakat menerusi lagu-lagu seterusnya.

"Penyanyi dulu pun memang bukan bersuara sedap. Menyanyi satu, dua lagu kemudian dia menjadi bertambah baik. Saya juga begitu," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)