Wang hantaran, inilah isu yang sering membelenggu pihak lelaki sampai ada yang tidak sanggup berkahwin kerana katanya tidak mampu sediakan duit hantaran yang tidak masuk dek akal ditetapkan oleh pihak keluarga wanita.
Bagaimanapun isu ini sebenarnya boleh berubah bergantung pada budi bicara kedua-dua belah pihak.
Bagaimanapun hari ini viral satu video di laman sosial apabila seorang gadis yang berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Aufa menceritakan harga hantaran yang perlu dijelaskan oleh bakal suaminya.
Difahamkan, gadis ini meminta wang hantaran sebanyak 500 juta rupiah (kira-kira RM141 ribu).
Apa yang lebih menarik perhatian, dia turut memberikan sebab-sebab mengapa meminta harga sedemikian rupa.
Menerusi video tersebut gadis ini berkongsi antara pencapaian-pencapaian yang berjaya dimenangi olehnya. Lebih membanggakan apabila dia juga telah berjaya menamatkan pelajaran di luar negara kurang daripada tempoh tiga tahun dan berjaya dijemput sebagai penceramah.
Tidak berakhir di situ, walaupun sibuk menerima pelbagai undangan untuk memberikan motivasi gadis ini juga aktif melakukan perniagaan makanan yang dihasilkan sendiri olehnya.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan nilai yang diletakkan oleh gadis ini.
Katanya lagi wang hantaran bukanlah harga nilai seorang wanita dan dalam islam perkahwinan ini bukanlah untuk membebankan umat Islam. Justeru tidak perlu meletakkan nilai hantaran yang tidak masuk dek akal dan menyusahkan kaum adam..
Bila menyebut soal hal rumah tangga, gadis ini menjelaskan dia pandai untuk memasak apa sahaja menu baik dari segi makanan tradisional Indonesia mahupun masakan barat yang sering menjadi pilihan. Wah memang berbaloi sungguh!
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Google