YouTuber tarik tudung ditahan, polis buka kertas siasatan

encik gotenks
0

YouTuber yang mencetuskan kontroversi selepas berkongsi kandungan media sosial dengan menarik tudung wanita Islam didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu sebelum ini ditahan pada 7.30 malam kelmarin, susulan laporan diterima pihaknya.

Katanya, laporan berkait klip video daripada YouTube yang tular, menunjukkan tudung dua wanita Islam ditarik, hingga menimbulkan rasa kurang senang warganet.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

"Namun youtuber tersebut dituduh mengikut Sesyen 14 Akta 336 di Mahkamah Majistret semalam dan dihukum denda," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video yang mengandungi isi kandungan yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat serta menyentuh sensitiviti di masa akan datang.

Terdahulu, video 'prank' tarik tudung wanita oleh seorang lelaki yang juga YouTuber menjadi tular selepas dia memuat naik video di saluran YouTube miliknya.

Selepas mendapat kecaman, lelaki berkanaan berkata niatnya menghasilkan video itu adalah untuk melihat sejauh mana orang Melayu mempertahankan agama Islam.

Dalam video kedua yang dimuat naik, lelaki itu juga tampil bersama dua wanita yang kononnya menjadi 'mngsa' tudung ditarik.

Mereka menjelaskan bahawa kandungan tersebut sememangnya sudah dirancang untuk melihat reaksi netizen.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)