Netizen bingung, atas kriteria apa Haqiem Stopa dipanggil pihak sekolah bagi ucapan depan pelajar

encik gotenks
0

Baru-baru ini, 'ikon pemotoran' negara iaitu Haqiem Stopa ada memuat naik satu video yang memaparkan dia telah dipilih pihak sekolah untuk memberikan ceramah di hadapan pelajar sekolah.

Menerusi video yang dikongsikan di tiktok, Haqiem Stopa berkongsikan situasi di sekitar majlis semasa dia turun padang memberikan talk di sebuah sekolah.

Dia turut memberikan penghargaan kepada pihak sekolah yang telah menjemputnya datang ke sana.

Tidak sampai sehari ianya dikongsikan, video tersebut telah pun menerima lebih dua juta tontonan setakat ini.

Perkongsiannya ini turut menerima pelbagai reaksi dari netizen yang menganggap influencer Tik Tok sepertinya bukanlah orang yang sesuai untuk dipanggil.

Malah ada yang mempersoalkan jasa atau sumbangannya pada masyarakat sehingga membuatkan pihak sekolah terpanggil untuk menjemputnya.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa kurang senang mereka dengan perkongsian ini.

Dalam masa yang sama, netizen turut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang memilihnya sebagai tetamu jemputan.

“Dia role model sebagai apa ya kalau nak ajak untuk talk?”

Tanya seorang netizen.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Himpunan Cerita Lawak

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)