Header Ads

Ini jawapan Puteri Sarah selepas netizen menuduhnya tolak poligami

Dunia hiburan tanah air masih lagi panas dengan kontroversi yang membabitkan Syamsul Yusof, Puteri Sarah dan juga Ira Kazar.

Terbaru, isteri kepada pengarah terkenal itu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tanggannya iaitu Ira Kazar.

Terbaru, ketika Live di Instagram, Puteri Sarah ditanyakan soalan oleh pelakon Nad Zainal, adakah dia menerima jika Ira tampil bersemuka secara baik dan meminta izin untuk menjadi madunya.

“Kalau dia (Ira) datang secara baik dan minta izin nak jadi yang kedua, Mu (Sarah) okey ke tak?” tanya Nad Zainal.

Puteri Sarah berkata jika wanita itu tampil bersemuka dengannya secara baik pada empat tahun lalu, mungkin dia boleh mempertimbangkan.

“Kalau awal-awal dia buat macam tu..mungkin aku marah. Mungkin akan pertimbangkan. Tapi awal-awal kau dah buat macam-macam, seerang mak mentua aku. Selepas kena block dengan mak mentua aku, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda!” katanya.

Menjawab tuduhan netizen mengatakan dia menghalang suaminya, Syamsul Yusof berpoligami, Puteri Sarah berkata dia tiada kisah namun fahami terlebih dahulu erti poligami dan carilah wanita dari keturunan yang baik-baik.

“Semua orang kata saya halang poligami. Rasulullah SAW sendiri berkahwin lain selepas kewafatan Siti Khadijah. Para lelaki di dalam ini (Instagram) tolong dengar baik-baik.

“Rasulullah tak suka Fatimah az-Zahra (anaknya) dimadukan. Jadi korang baca dulu dan fahamkan. Jangan main cakap kata lelaki boleh kahwin empat. Lagi satu, kalau lelaki nak berpoligami cari keturunan yang baik-baik. Cari bakal isteri yang baik,” katanya.

Diakhir siaran langsung itu, Puteri Sarah turut meluahkan rasa hairan apabila dia pula yang diganggu oleh pihak ketiga seolah dia yang mengambil suami individu tersebut.

“Sepatutnya, saya yang pergi hentam, ganyang dia. Tapi, dia yang hentam saya macam saya ambil suami dia. Ini sudah terbalik,” katanya.

Terdahulu, Sarah berkata dia tidak kisah mengenai video tular suaminya di kedai emas dan tidak hairan jika Syamsul mahu membayar saman Ira Kazar kerana dia tetap akan meneruskan saman.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.