Saya sudah penat, kini saya reda saja, kata Syamsul Yusof

encik gotenks
0

Pengarah filem berkaliber, Syamsul Yusof mengakui dia sentiasa takut dengan setiap kejayaan dikecapinya dan selalu berharap apa yang Allah berikan itu dirahmati dan berkat.

Syamsul, 38, ditemui berkata dia tahu mengenai 'Istidraj' yang diperkatakan segelintir pihak kepadanya dan sedar mengenai perkara itu. Katanya, apa yang pasti dia sentiasa bersyukur dengan segala rezeki diperolehnya.

"Kita bukan Tuhan. 'Don't take a religion in the wrong way'. Apabila kena pada orang kita, Allah sayang. Tapi, bila kena pada musuh, kata Allah laknat. Apa benda ni, mana engkau tahu? Kita tak tahu. Ini untuk saya (rezeki), dan saya pun tak tahu.

Saya selalu fikir, saya harap apa yang Allah berikan ini (rezeki) dirahmati, berkat. Saya pun, ialah cuba jaga pantang larang dalam membikin filem. Saya cubalah, saya harap.

"Apapun, saya sentiasa takut apabila meraih kejayaan besar. Macam filem Munafik 2 dulu berjaya, saya takut. Ini pula, Mat Kilau tak tahu apa lagi lepas ini, tapi saya hadap sajalah," katanya kepada Harian Metro.

Mengakui pelbagai komen diterimanya berkaitan kejayaan dinikmati, disusuli kemelut rumah tangga juga, Syamsul tidak menafikan dia sebenarnya sudah penat dengan semua ini. Katanya, dia hanya mampu reda.

"Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah. Umpamanya, cuba bayangkan kalau Mat Kilau ini kurang sambutan, mesti akan kata, 'ini semua pasal perangai kau lah, Allah balas.

"Apabila dah laku (Mat Kilau), 'istidraj'. Jadi, apa saja akan kena. Sebab itu, saya reda saja. Saya pun ada buat silap, saya pun teruk juga," katanya akur dengan proses kehidupan dilalui kini.

Berikutan pelbagai isu peribadi Syamsul yang hangat diperkatakan kini, termasuk kejayaan besarnya dalam karier seni, kebanyakan netizen yang mengikuti rentetan kisah berlaku meninggalkan bermacam komen.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)