Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara, kata Menteri

encik gotenks
0

Suami yang gagal membayar caruman kepada suri rumah yang juga isteri, yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Perkara itu dijelaskan dalam draf Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Sumber Manusia M Saravanan, di Dewan Rakyat.

“Seorang suami yang tidak membayar caruman berkenaan dengan suri rumah di bawah subsesyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-keduanya.

“Walau apa pun subsesyen (11), jika suami itu tidak berupaya membayar disebabkan oleh kehilangan pendapatan atau kerana apa-apa sebab lain, suami itu hendaklah memaklumkan kepada pertubuhan 60 hari sebelum tamat tempoh caruman sedia ada mengikut apa cara sebagaimana yang ditetapkan,” katanya memetik draf Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

RUU itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial bagi suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu bagi peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah dan bagi berkaitan dengannya.

Caruman yang perlu dibayar itu hendaklah terhenti apabila suri rumah berkenaan telah mencapai umur 55 tahun atau meninggal, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : FMT

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)