Ramai dah tak sabar, netizen teruja Neelofa hampir dedah wajah Bilal

encik gotenks
0

Usia Muhammad Bilal kini sudah mencecah enam bulan, sememangnya ramai yang menantikan untuk melihat wajah anak sulung kepada selebriti terkenal, Neelofa.

Baru-baru ini, Neelofa dilihat ada memuat naik video anaknya itu sedang makan menerusi Insta Story miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh peminat, Bilal dengan bersemangat menepuk-nepuk meja dipercayai ketika sedang diberi makan.

“Makanan pertama. Habis dia penyek (makanan) dengan tangan sadonya,” tulis Neelofa.

Meskipun wajah Bilal belum didedahkan sepenuhnya, namun ramai peminat teruja melihat perkembangan anak sulung pasangan Neelofa dan PU Riz itu.

Dalam pada itu, di ruangan komen ada yang meneka Bilal seperti anak ‘mat saleh’ kerana memiliki kulit yang putih dan berambut peerang.

Sementara itu, semalam Neelofa dilihat memuat naik gambar anaknya di Instagram sekaligus memberi ‘hint’ wajah comel anaknya.

Menerusi perkongsian itu, Neelofa meluahkan rasa mengenai anaknya yang kini genap berusia enam bulan.

Seperti sudah dijangka, perkongsian foto itu membuatkan ramai teruja dengan kecomelan anak Neelofa dan PU Riz itu serta mendoakan Bilal menjadi anak yang soleh.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa geram melihat tangan Bilal yang gebu serta memiliki kulit yang putih..

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)