Penangan 'cinta sejati', kenal tak sampai 24 jam sudah berjaya check in hotel

encik gotenks
0

Baru berkenalan tak sampai 24 jam, seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhaIwat dengan seorang wanita di sebuah hotel di daerah ini, malam tadi.

Pasangan itu dipercayai berkenalan melalui aplikasi media sosial sebelum dicekup khaIwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) ketika berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel berkenaan pada 10.15 malam.

Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu ditemukan bersembunyi di bawah katil untuk mengelak dicekup pihak berkuasa, namun gagal.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai datang dari Perak kerana mempunyai urusan kerja sebelum bertemu dengan wanita berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan pasangan suami isteri atau mahram.

"Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Sesyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jnayah Syariah Kedah 2014.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi hari ini..

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)