Header Ads

Bukan sebab tiada kerja tapi anak Kelantan berhijrah kerana memang suka merantau, kata Timbalan MB Kelantan

Penghijrahan rakyat Kelantan, terutama golongan muda ke negeri lain, adalah disebabkan sikap serta tradisi mereka yang suka merantau dan bukan disebabkan kekurangan pekerjaan di Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau menjelaskan, peluang pekerjaan di negeri ini memang banyak dan mencukupi, namun sebahagian rakyat lebih cenderung untuk bekerja di ibu kota, selain ada segelintir bersikap memilih kerja. Selain itu, katanya, penghijrahan bukan saja berlaku di Kelantan tetapi juga seluruh dunia, justeru keadaan berkenaan tidak menggambarkan kegagalan kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pekerjaan.

"Sifat orang Kelantan, terutama anak muda, memang suka merantau sama ada untuk mencari kerja atau apa saja aktiviti. Itu tidak boleh dinafikan. "Keluar dari negeri untuk bekerja bukan berlaku di Kelantan saja tetapi juga di seluruh dunia. Malah, beberapa bulan lalu, ada laporan bahawa kajian mendapati kira-kira 500,000 rakyat Malaysia bekerja di luar negara, jadi hendak kait macam mana itu? "Ada banyak peluang pekerjaan tetapi anak Kelantan lebih suka berada di luar (Kelantan)... mungkin rasa tidak 'glamor', ada juga yang memilih kerja," katanya..

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Dialog Kemakmuran Ekonomi dan Pembangunan Negeri Kelantan di Dewan Perniagaan Cina, di sini, malam tadi. Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, kerajaan negeri masih kekal dengan dasar tidak membenarkan pembukaan pawagam di Kelantan. Bagaimanapun, beliau berkata, dasar itu berkemungkinan akan berubah pada masa depan, bergantung pada perubahan semasa atau keperluan. "Ini kerana dasar boleh berubah. Masa Tok Guru (bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dulu, perempuan tidak boleh masuk bertanding musabaqah... (tetapi) selepas beberapa tahun, boleh pula. "Lagipun, isu pawagam menjadi besar selepas fenomena (filem) Mat Kilau saja. Habis fenomena itu, tidak ada apa-apa," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Berita Harian

No comments:

Powered by Blogger.