Header Ads

Wajah Bilal hampir terbongkar akhirnya, netizen luah rasa teruja yang teramat sangat

“Sado betul. Kulit putih macam mat saleh”.

Itu antara komen yang ditinggalkan netizen tentang anak kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa iaitu Muhammad Bilal selepas ibunya memuat naik video bayi berusia tujuh bulan sedang makan dalam Instastorynya dan dikongsi semula oleh peminat dalam akaun @lofa.world.

Dalam video tersebut, kelihatan Bilal dengan bersemangat menepuk-nepuk meja dipercayai ketika sedang diberi makan.

“Makanan pertama. Habis dia penyek (makanan) dengan tangan sadonya,” tulis Neelofa dalam video tersebut.

Walaupun wajah putera sulung pasangan Neelofa dan Haris Ismail itu masih belum didedahkan sepenuhnya, rata-rata peminatnya teruja melihat perkembangan Bilal yang semakin membesar.

Malah, terdapat komen-komen meneka keadaan bayi itu yang digambarkan seperti anak ‘mat saleh’ kerana memiliki kulit yang putih dan berambut perang.

“Masya-Allah comelnya Bilal. Macam mat salih,” ujar seorang peminatnya.

“Nampak ‘sipi-sipi’ (sikit) pun dah tahu comel,” kata seorang lagi peminatnya.

“Cantik rambut Bilal, peerang,” puji seorang pengguna Instagram.

Dalam pada itu, netizen turut menjangkakan bahawa Neelofa dan Haris bakal mendedahkan wajah anak mereka sepenuhnya tidak lama lagi memandangkan selebriti itu sudah pun mula berkongsi wajah anaknya lebih banyak berbanding sebelum ini.

“Neelofa tak sabar nak tunjuk sebenarnya,” teka seorang netizen.

“Tidak lama lagi penampakan Bilal akan muncul,” kata seorang lagi peminatnya.

“Lagi sikit nak nampak (wajah Bilal),” ujar netizen.

Terdahulu, Neelofa sebelum ini pernah memberi bayangan putera kesayangannya itu seakan-akan mirip wajahnya ketika bayi.

Neelofa masih belum mahu mendedahkan sepenuhnya wajah Bilal kerana mendakwa belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan).

Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! ONline

No comments:

Powered by Blogger.