Bekalan ayam kembali stabil selepas kerajaan beri subsidi, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Bekalan ayam kini mula kembali stabil di pasaran susulan langkah kerajaan memberikan subsidi kepada penternak, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee.

Beliau berkata, bekalan ayam stabil dan beroperasi dengan kapasiti maksimum selepas pemberian subsidi berkenaan.

“Lebihan yang berlaku ini kerana adanya keterlibatan pihak industri untuk menternak ayam pada kapasiti yang maksima.

“Kita melihat ia berada dalam keadaan yang stabil dan pada ketika ini, kita telah pun mengagihkan subsidi ayam dan telur kepada lebih 8,000 permohonan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM700 juta,” katanya selepas program Bicara Naratif di Angkasapuri.

Kiandee berkata, secara keseluruhan kerajaan memberi subsidi kepada penternak ayam dan telur mencecah RM1.1 bilion.

Beliau juga difahamkan harga ayam yang dijual adalah lebih rendah daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan ketika ini.

Pada 7 Julai lalu, pengusaha penternakan ayam secara kecil dan sederhana dibenarkan menerima bayaran pendahuluan subsidi harga ayam sebagai satu daripada cara memastikan bekalan ayam terus stabil di pasaran.

Pengerusi Pasukan Jiihad Tangani Inflasi, Annuar Musa yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata ia bertujuan mempermudah proses bayaran dan tuntutan subsidi harga ayam, yang membolehkan petani dan penternak menerima kemudahan itu tanpa banyak masalah.

Bermula 1 Julai lalu, kerajaan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 satu kg bagi Semenanjung Malaysia, manakala harga ayam di ladang ditetapkan pada RM6/kg dan harga ayam di pihak pemborong pada RM8.10/kg.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : FMT

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)