"Negara Kita Gagal" - Netizen risau lihat gadis miliki Ijazah Bidang Kimia namun kini hanya bekerja di KFC

encik gotenks
0

PJika dahulu, jika dalam satu kampung ada seorang pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian ke menara gading ianya pasti menjadi sesuatu yang sungguh gempak.

Namun kini, masa telah berlalu, lambakan graduan kini melebihi jumlah pekerjaan profesional yang ditawarkan sehingga ada yang terpaksa bekerja yang tidak setaraf dengan kelulusan yang ada demi sesuap nasi.

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila satu hantaran dari seorang gadis yang berkongsikan tentang pekerjaannya terkini selepas tamat dengan cemerlang dalam pengajian di universiti.

Gadis itu yang menggunakan nama ainxang di tiktok telah memuat naik satu video yang memaparkan kelulusan terkini dan apakah pekerjaan terkini dia.

Dia yang cemerlang mendapatkan ijazah dalam bidang kimia dengan kepujian buat masa ini bekerja di KFC.

Hantaran itu telah menarik perhatian ramai netizen yang bersimpati dengan nasib graduan masa kini yang semakin susah mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan.

Gadis itu dilihat menghadiri majlis konvokesyen bersama-sama para graduan yang lain selepas berjaya menamatkan pengajian mereka.

Difahamkan, gadis itu telah berjaya menerima ijazah sarjana muda dalam bidang kimia di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam.

Menulis diruangan caption, gadis cantik ini berkata, ini bukanlah pekerjaan yang sempurna namun dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Menjenguk diruangan komen, video viral yang sudah mendapat lebih 2 juta tontonan ini memaparkan ramai netizen yang berkongsikan situasi sama yang dihadapi namun apakan daya peluang pekerjaan terhad, nak tak nak terpaksa lah bekerja sementara dari buang masa tak tentu hala.

Bukan hanya netizen, personaliti terkenal iaitu Fazura juga turut memberikan komen di video itu.

"Semoga Allah SWT permudahkan segala-galanya untuk anda sayang. percayalah proses dan perjalanan anda yang indah. Yang terbaik masih belum datang" - Fazura

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Tiktok ainxang

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)